shopify analytics ecommerce
tracking

Undang-undang pembangunan perumahan akan diperketat

10 Sep 2020

KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memperketatkan undang-undang pembangunan perumahan yang membabitkan kualiti pembinaan, terutama projek rumah mampu milik dan perumahan penjawat awam.Menterinya, Zuraida Kamaruddin, berkata langkah itu adalah perlu memandangkan pelbagai isu keselamatan yang timbul, apabila rumah dibina tidak mencapai kualiti yang ditetapkan.Beliau berkata, tindakan yang diambil kementerian adalah menyenarai hitam pemaju yang gagal mengikut spesifikasi, tetapi kementerian melihat masih ada kelompongan terhadap tindakan yang diambil."Justeru, kita lihat undang-undang masih perlu diperketatkan lagi bagi memastikan mereka menunaikan janji untuk mengikut kualiti spesifikasi yang ditetapkan," katanya pada sidang media selepas pelancaran Digital Skim Rumah Pertamaku (Digital SRP) oleh Cagamas SRP Bhd, di sini hari ini.Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai isu kualiti pembangunan yang tidak memuaskan membabitkan projek rumah mampu milik dan perumahan penjawat awam.

Zuraida berkata, KPKT sentiasa melaksanakan pemantauan, namun masih terdapat kes pemaju yang gagal mematuhi kualiti pembangunan yang ditetapkan kerajaan.Malah, beliau berkata dalam laporan audit yang lalu, isu pembangunan tidak berkualiti turut diketengahkan.Katanya, KPKT sudah menstruktur semula organisasi dalaman dengan meletakkan Timbalan Ketua Setiausaha yang bertanggungjawab untuk memantau pembangunan projek yang akan memberi laporan penuh kepada Menteri dan Ketua Setiausaha dalam tempoh dua minggu sekali bagi setiap pembangunan.Mengenai sasaran pembinaan 100,000 unit rumah mampu milik setiap tahun, Zuraida berkata, dijangkakan pembinaan akan berlaku kelewatan susulan impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung COVID-19 di negara ini, yang mana menjejaskan kerja pembinaan.

Beliau menjangkakan kelewatan adalah antara enam bulan sehingga satu tahun.Katanya, ketika ini, hampir 85 peratus pemaju sudah kembali aktif selepas kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang bermula pada 4 Mei lalu.

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/09/729812/undang-undang-pembangunan-perumahan-akan-diperketat

 


>> Back to Article


Print