shopify analytics ecommerce
tracking

'Tidak benar rumah turun hingga separuh harga'

26 Aug 2021

KUALA LUMPUR: Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA) menyangkal tanggapan bahawa nilai hartanah cenderung kepada separuh harga seperti yang disiarkan sebuah portal berita dalam talian menerusi laporan bertajuk 'Houses at half-price, anyone?'.

Presidennya, Chan Ai Cheng berkata dua hartanah yang disebutkan dalam laporan itu adalah kes terpencil dan tidak wajar digunakan sebagai pengukur untuk menunjukkan situasi itu turut berlaku di seluruh negara.

"Majoriti pemaju sememangnya menawarkan potongan harga namun ia tidak keterlaluan seperti yang dilaporkan. Tinjauan yang dijalankan MIEA baru-baru ini, membabitkan pengamal hartanah yang berada di lapangan dan amat memahami situasi yang berlaku, menunjukkan tiada bukti seperti itu," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pemaju tidak berhasrat untuk menyemak harga jualan mereka memandangkan permintaan yang kukuh, khususnya di lokasi maju dan di perbandaran terancang baharu.

"Meskipun diakui kadar pertumbuhan sejak tiga tahun lalu mencatatkan kurang daripada lima peratus ekoran cabaran yang dihadapi pasaran hartanah namun yang paling penting, pasaran hartanah Malaysia adalah berdaya tahan," katanya.

https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2021/08/853549/tidak-benar-rumah-turun-hingga-separuh-harga

-BERNAMA


>> Back to News


Print