shopify analytics ecommerce
tracking

Kenaikan inflasi, OPR jejas bakal pembeli rumah

11 Aug 2022

KUALA LUMPUR: Kenaikan inflasi dan Kadar Dasar Semalaman (OPR) serta isu kemampuan pembeli menjejaskan situasi pasaran hartanah di Malaysia meskipun ia telah menunjukkan isyarat pemulihan pada tahun ini.

Pengurus Negara Malaysia (PropertyGuru.com.my dan iProperty.com.my), Sheldon Fernandez, berkata pasaran hartanah pada suku kedua tahun ini menunjukkan aliran peningkatan secara beransur-ansur, namun masih belum pulih sepenuhnya.

"Walaupun kami melihat lebih banyak aktiviti pada suku sebelum ini, ia akan mengambil sedikit masa sebelum pengguna lebih yakin dalam membuat keputusan besar untuk membeli hartanah.s by

"Kesan daripada faktor-faktor terbabit (inflasi, OPR dan kemampuan pembeli) berkemungkinan besar dapat dilihat dalam prestasi suku semasa," katanya dalam satu kenyataan.

Laporan Pasaran Hartanah Malaysia (MPMR) suku ketiga 2022, yang dikeluarkan oleh PropertyGuru DataSense, menyaksikan arah aliran peningkatan secara beransur-ansur, dengan indeks permintaan keseluruhan meningkat sebanyak 7.93 peratus, walaupun berada dalam zon negatif pada suku sebelumnya.

Laporan itu mencatatkan aliran menaik dalam beberapa aspek seperti Indeks Pasaran Jualan Hartanah, Indeks Permintaan dan Indeks Bekalan bagi sektor hartanah bertanah serta bertingkat tinggi.

Peningkatan itu boleh dikaitkan dengan peralihan COVID-19 ke fasa endemik, yang membolehkan pembukaan semula sempadan dan peningkatan produktiviti, sekali gus menambah baik tahap keyakinan pengguna.

Laporan itu mendapati, dengan kenaikan inflasi sebanyak 3.4 peratus pada Jun 2022 dan OPR meningkat kepada 2.25 peratus pada tahun ini, bakal pembeli rumah mungkin akan terus berhati-hati dalam membuat keputusan pembelian yang besar.

PropertyGuru berkata, aliran itu turut dicatat dalam MPMR suku ketiga 2022, apabila permintaan sewa terus meningkat, mencatatkan kenaikan 12.89 peratus berbanding suku sebelumnya dan peningkatan besar 96.83 peratus berbanding tahun sebelumnya.

"Dengan inflasi yang berterusan dan kebimbangan peningkatan kos pembelian buat masa ini, bakal pembeli rumah akan lebih tertarik kepadapenyewaan sebagai alternatif jangka pendek."Pasaran sewa mungkin akan terus berkembang ke separuh kedua tahun ini," katanya.

PropertyGuru berkata, peningkatan permintaan sewa yang perlahan tetapi stabil turut membantu pertumbuhan penawaran hartanah sewa kerana pemilik hartanah akan mengambil peluang untuk memanfaatkan aliran permintaan yang semakin meningkat dan menggalakkan penyenaraian hartanah untuk disewa.

Indeks Harga Sewa menyaksikan peningkatan 2.82 peratus berbanding suku sebelumya dan 4.46 peratus berbanding tahun lalu.

https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2022/08/987142/kenaikan-inflasi-opr-jejas-bakal-pembeli-rumah


>> Back to News


Print