shopify analytics ecommerce
tracking

Akta kawal selia sewa rumah dibentang tahun depan

08 Nov 2021

KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang (RUU) Akta Sewaan Kediaman (RTA) yang bertujuan mengawal atur urusan sewaan rumah dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada suku ketiga tahun depan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 Jun lalu memberi kelulusan prinsip supaya RUU itu dibentangkan di Parlimen.

"Bagi melindungi kepentingan serta hak penyewa dan pemilik kediaman, kementerian sedang menjalankan kajian dan penggubalan RTA yang bermula pada Jun 2019.

"Ketika ini, penyediaan perjanjian penyewaan kediaman menggunakan tatacara Akta Kontrak 1950 dan perjanjian itu bersifat umum tidak komprehensif serta tidak melindungi sepenuhnya kepentingan serta hak penyewa dan pemilik premis," katanya.

Beliau berkata pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini ketika menjawab soalan Dr Ong Kian Ming (PH-Bangi) yang meminta kerajaan menyatakan tarikh RUU RTA akan dibentangkan di Parlimen.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/11/882470/akta-kawal-selia-sewa-rumah-dibentang-tahun-depan

Mohd Iskandar Ibrahim - November 1, 2021 @ 10:56am


>> Back to News


Print