shopify analytics ecommerce
tracking

Separuh rakyat tak mampu beli rumah lebih RM350,000

08 Mar 2023

KUALA LUMPUR: Kebanyakan rakyat di Malaysia tidak mampu untuk membeli hartanah kediaman di atas RM350,000 dan lebih separuh langsung tidak mampu membeli kediaman tanpa bantuan kerajaan.

PropertyGuru Malaysia dalam Kajian Sentimen Penguna Separuh Pertama 2023 mendedahkanseparuh responden yang ditemuinya hanya mempunyai bajet kurang RM350,000 untuk membeli hartanah.Katanya, hanya satu daripada 10 responden mempunyai bajet lebih daripada RM600,000.

Pengurus Negara PropertyGuru.com.my dan iProperty.com.my, Sheldon Fernandez, berkata isu kemampuan dalam kalangan pengguna berkemungkinan besar akan menjadi trend berterusan kerana jurang pendapatan dan harga rumah terus melebar di Malaysia."Ini terbukti dalam kajian kami apabila lebih ramai rakyat menunggu inisiatif kerajaan yang boleh membantu mereka mencapai matlamat pemilikan rumah.

"Kajian juga mendapati separuh pengguna Malaysia berpandangan mereka tidak mampu membeli rumah tanpa bantuan kerajaan, dengan hampir tiga daripada empat responden menggesa kerajaan melaksanakan lebih banyak inisiatif untuk menangani isu kenaikan inflasi," katanya dalam satu kenyataan.

Sheldon berkata, cabaran kewangan berterusan yang dihadapi pengguna memberi lebih penekanan kepada kepentingan bantuan kewangan kerajaan dalam perjalanan pemilikan rumah.

Beliau berkata, walaupun berlakunya peningkatan gaji minimum, kenaikan inflasi turut meningkatkan perbelanjaan harian isi rumah.Ini, katanya menyebabkan simpanan bulanan rakyat semakin berkurangan dan perlu meminimumkan perbelanjaan tambahan.

"Selain gesaan kepada sokongan kewangan diterajui kerajaan, kajian turut mendedahkan dua daripada lima rakyat tidak mempunyai pemahaman jelas mengenai terma kelayakan skim perumahan mampu milik."Data kajian mendedahkan yang perkara itu ketara dalam kalangan golongan berpendapatan rendah dan mereka yang berusia antara 20 hingga 29 tahun," katanya.

Sheldon berkata, kajian turut mendapati lebih separuh (58 peratus) pengguna yang terdiri daripada golongan berpendapatan menengah berusia antara 22 hingga 41 tahun yang berhasrat membeli hartanah hampir mencapai sasaran simpanan mereka.

Beliau berkata, trend pasaran sejak kebelakangan ini adalah bakal pembeli rumah berhasrat untuk membeli, tetapi terhalang dengan isu kemampuan yang dijangka akan terus membelenggu sehingga kos keseluruhan kehidupan distabilkan.Katanya, PropertyGuru menjangkakan pengguna akan terus mengutamakan penyewaan berbanding pembelian hartanah dalam tempoh beberapa tahun lagi.

https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2023/03/1073491/separuh-rakyat-tak-mampu-beli-rumah-lebih-rm350000


>> Back to News


Print