shopify analytics ecommerce
tracking

Featured Properties

Newly Added Properties

View MoreView More

Kuala Kurau ( 1 Unit Semi D 1 Tingkat Jenis C )

Kuala Kurau

Residential Type: Semi-Detached

Built Up: 880 sq.ft.

Bedroom: 3

Bathroom: 2

Price from

MYR 356,748

Kuala Kurau ( 1 Unit Banglo 1 Tingkat Jenis B )

Bandar Meru Raya, Ipoh

Residential Type: Bungalow

Built Up: 1,032 sq.ft.

Bedroom: 3

Bathroom: 2

Price from

MYR 493,737

News

View More View More

Lebih separuh rumah baharu masih di bawah RM500,000

09 May 2024
KUALA LUMPUR: Lebih separuh daripada hartanah kediaman baharu yang dilancarkan masih berharga di bawah RM500,000, memberi penekanan terhadap keutamaan untuk pilihan pemilikan rumah mampu milik. Penganalisis Kenanga Research, Clement Chua, berkata persekitaran harga berkenaan menyaksikan pemaju hartanah telah menyesuaikan diri terhadap dinamik pasaran dengan menawarkan produk mampu milik untuk memenuhi keperluan pembeli rumah kali pertama. Katanya, ia juga sejajar dengan perubahan pilihan pengguna yang sebahagiannya cenderung oleh ketidaktentuan ekonomi yang berterusan."Sejumlah 61 peratus hartanah kediaman yang baharu dilancarkan adalah berharga di bawah RM500,000," katanya dalam satu nota penyelidikan. Chua berkata, sepanjang dua tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan jualan secara beransur-ansur tetapi konsisten, menunjukkan pasaran yang berkembang secara sederhana dan tidak agresif.Katanya, demografi golongan muda yang semakin berkembang juga memberi gambaran terhadap peningkatan dalam pembeli rumah kali pertama, menyuntik momentum ke dalam sektor perumahan. "Inisiatif kerajaan yang disesuaikan secara khusus untuk menyokong pembeli rumah menawarkan prospek untuk pasaran yang lebih seimbang, memupuk kebolehcapaian dan kestabilan, yang memberikan keyakinan kepada pembeli, penjual serta pelabur."Ia juga mengurangkan ketidaktentuan dan risiko kerugian kewangan yang ketara yang berkaitan dengan pergerakan harga yang tidak menentu," katanya. Namun begitu, katanya, di tengah-tengah aliran positif itu, cabaran berterusan selepas kos sara hidup meneruskan trajektori menaik manakala pendapatan kekal tidak berubah."Menuju ke hadapan, sektor ini dijangka mengekalkan tumpuannya pada produk mampu milik, didorong oleh faktor seperti pertumbuhan penduduk, pembandaran dan peningkatan permintaan untuk unit berharga berpatutan," katanya. Chua menjelaskan, pembangunan berorientasikan transit (TOD) berkemungkinan mendapat tarikan, terutamanya di Lembah Klang kerana pembeli mencari pilihan ulang-alik yang mudah."Walaupun menghadapi cabaran yang berterusan, seperti peralihan ekonomi dan perubahan peraturan, sektor ini menunjukkan daya tahan dan kebolehsuaian," katanya. Sementara itu, beliau menegaskan, terdapat sentimen meyakinkan dalam pasaran hartanah Johor disokong inisiatif Zon Ekonomi Khas dan ketersambungan pengangkutan awam yang lancar selepas Rapid Transit System Link (RTS Link) Johor Bahru-Singapura siap pada 2026. "Kami percaya ia akan mengubah Johor Bahru menjadi sebuah metropolis bertaraf dunia yang berkembang maju, sekali gus dapat menarik ramai penduduk dari bahagian lain di Malaysia dan negara jiran," katanya. https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2024/05/1241414/lebih-separuh-rumah-baharu-masih-di-bawah-rm500000  

Purata harga rumah baharu di Kuala Lumpur paling tinggi RM708,462 - Juwai IQI

08 May 2024
KUALA LUMPUR: Purata harga jualan rumah baharu pada suku pertama tahun ini adalah RM582,887, manakala purata harga jualan rumah terpakai atau 'subsale' adalah RM521,614, demikian menurut Juwai IQI. Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari, berkata purata harga jualan berkenaan adalah lebih tinggi berbanding purata harga rumah yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) pada 2023 iaitu RM467,144. "Tidak mengejutkan bahawa Kuala Lumpur mempunyai hartanah paling mahal di negara ini. Purata harga jualan rumah 'subsale' di Kuala Lumpur adalah RM801,557. Rumah baharu adalah lebih murah, dengan purata harga RM708,462. "Pada suku pertama, Melaka adalah negeri paling murah bagi unit rumah baharu. Purata harga sebuah unit rumah baharu di Melaka adalah RM305,463. Selepas Melaka, negeri seterusnya yang kurang mahal untuk membeli sebuah unit rumah baharu adalah Pahang, Perak dan Kelantan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Kashif berkata, selepas Kuala Lumpur, tiga negeri paling mahal untuk membeli rumah 'subsale' pula adalah Sarawak, Sabah, and Johor. Katanya, tiga negeri paling mahal untuk membeli rumah baharu pula adalah Johor, Sabah dan Kedah. "Terengganu adalah negeri paling murah untuk membeli rumah 'subsale', dengan purata harga RM293,714. Selepas Terengganu, negeri paling murah untuk membeli rumah 'subsale' adalah Perak, Kedah dan Pahang," katanya. Beliau berkata, kebanyakan pembelian rumah walau bagaimanapun adalah dalam lingkungan harga lebih rendah, dengan lebih separuh pembeli rumah baharu membayar RM500,000 atau kurang pada suku pertama dan hanya suku daripada pembeli membayar lebih RM750,000 bagi rumah baharu mereka. Katanya, pasaran 'subsale' menyaksikan nisbah yang serupa, dengan hampir separuh pembeli membelanjakan RM500,000 atau kurang daripada jumlah itu. "Satu berita baik bahawa pembeli rumah mampu milik dapat mencari rumah yang menarik untuk dibeli. Ini bermakna, pasaran membekalkan banyak rumah bagi golongan berpendapatan sederhana dan rendah. "Pasaran adalah amat seimbang, dengan bekalan mencukupi bagi menampung semua pembeli pada setiap peringkat harga," katanya. Mengenai perbelanjaan bulanan pembeli rumah, Kashif berkata purata kadar faedah bagi pinjaman rumah baharu adalah 4.2 peratus, menurut Bank Negara Malaysia (BNM). "Kami membuat kiraan jumlah yang perlu dibayar bagi pembeli rumah RM300,000 setiap bulan. Jika meletakkan deposit RM30,000 untuk rumah RM300,000, perbelanjaan gadai janji mereka adalah RM1,228 sebulan. "Ini menjadikan pembelian rumah mampu milik jauh lebih murah berbanding purata harga sewa, iaitu RM1,975 berdasarkan pememuan terbaharu kami dalam Laporan Indeks Sewaan RUmah Malaysia: Suku Keempat 2023. "Membeli sebuah rumah mampu milik boleh menjimatkan anda RM747 setiap bulan berbanding membayar purata sewa," katanya. Kashif berkata, data mengenai perbelanjaan bulanan ini boleh membantu pembeli memahami kedudukan kewangan mereka apabila mempertimbangkan pembelian sebuah rumah. Katanya, pembeli perlu mengetahui bajet mereka apabila membuat penilaian mengenai kemampuan jangka panjang dan keupayaan untuk membuat pembayaran, di tengah-tengah persekitaran ekonomi yang semakin meningkat. "Kami terus mempercayai bahawa memiliki rumah sendiri adalah jalan paling singkat ke arah keterjaminan dan kebebasan kewangan bagi kebanyakan rakyat Malaysia," katanya. https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2024/04/1240931/purata-harga-rumah-baharu-di-kuala-lumpur-paling-tinggi-rm708462  

Article

View More View More

Projek rumah bawah RM300,000 paling banyak terbengkalai

26 March 2024
KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merekodkan sejumlah 117 projek terbengkalai meliputi 30,840 unit rumah setakat 31 Januari lalu, dengan 81 daripadanya projek membabitkan rumah dengan julat harga RM300,000 ke bawah. Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu, berkata daripada 81 projek berkenaan, ia membabitkan 23,031 unit rumah dan 12,565 pembeli.Ads by "Sebanyak 13 projek pula dengan julat harga RM301,000 hingga RM500,000, lima projek bagi julat harga RM500,001 kepada RM750,000, dua projek di antara RM750,001 hingga RM1 juta dan 16 projek bagi rumah bernilai RM1 juta ke atas," katanya. Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini bagi menjawab soalan tambahan Senator Tan Sri Datuk Low Kian Chuan yang ingin tahu jumlah projek dan unit rumah terbengkalai mengikut julat harga. Menjawab soalan tambahan Senator Manolan Mohamad berhubung faktor lambakan rumah tidak terjual, beliau berkata isu kediaman 'overhang' (kediaman siap tidak terjual) adalah manifestasi ketidaksepadanan dalam pasaran perumahan disebabkan oleh jurang permintaan dan penawaran rumah dalam pasaran. Antara faktor utama menyebabkan lambakan rumah siap tapi tidak terjual adalah faktor ekonomi, misalnya wabak COVID-19 yang menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan kedudukan kewangan pembeli selain penjualan rumah dengan harga tinggi namun permintaan rendah. Faktor lain ialah keputusan pemaju yang kurang tepat membabitkan projek yang dibangunkan terletak di kawasan kurang strategik dan tidak mempunyai kemudahan baik serta penolakan pinjaman pembiayaan akhir pembeli oleh institusi perbankan kerana kelayakan dan keupayaan mereka. Menjawab soalan asal Kian Chuan berhubung garis masa bagi penyelesaian kajian kebolehlaksanaan 'vacancy tax' (cukai pengosongan) untuk membantu menyelesaikan masalah hartanah kediaman tidak terjual, Aiman Athirah berkata kerajaan berpandangan belum wujud keperluan untuk melaksanakan kajian kebolehlaksanaan cukai berkenaan. "Kerajaan berpandangan bahawa tindakan intervensi yang dilaksanakan dalam pasaran perumahan ketika ini adalah memadai," katanya. https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2024/03/1227697/projek-rumah-bawah-rm300000-paling-banyak-terbengkalai-BERNAMA  

Kos bahan binaan tinggi, harga hartanah baharu dijangka meningkat

15 March 2024
PETALING JAYA: Harga hartanah baharu dijangka terus meningkat pada separuh pertama tahun ini ekoran kenaikan bahan binaan yang lebih tinggi.  Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA), Datuk NK Tong, berkata berdasarkan tinjauan yang dibuat membabitkan 152 pemaju di Semenanjung Malaysia, 91 peratus daripadanya berdepan dengan kenaikan kos bahan binaan yang lebih tinggi tahun lalu. Katanya, responden kaji selidik persatuan itu juga melaporkan kenaikan lebih 10 peratus secara purata bagi pasir dan konkrit pada tahun lalu . "Bagi separuh pertama 2024, pemaju menjangkakan secara purata harga bahan binaan akan meningkat sebanyak 15 peratus yang akan memberi kesan kritikal terhadap operasi perniagaan mereka. "Ini adalah isu berterusan yang telah diburukkan lagi oleh pandemik COVID-19, dan tidak menunjukkan tanda-tanda akan berakkhir dalam masa terdekat. "Pada akhirnya, peningkatan bahan binaan bermakna kos pembinaan yang lebih tinggi, yang akhirnya merugikan rakyat. Kami berharap isu ini dapat ditangani dengan berkesan dan semua pemain industri akan memainkan peranan mereka untuk memastikan rakyat Malaysia tidak terus terjejas dengan kenaikan ini," katanya. Beliau berkata demikian pada taklimat media mengenai Tinjauan Industri Hartanah REHDA Bagi Separuh Kedua 2023 dan Tinjauan Pasaran untuk 2024 di sini, hari ini. Tong berkata, tinjauan industri hartanah juga menunjukkan bahawa responden bersikap neutral terhadap prospek perniagaan dan industri hartanah untuk separuh pertama 2024. "Ini boleh difahami memandangkan cabaran yang dihadapi oleh industri, tetapi keyakinan yang lebih tinggi untuk separuh kedua tahun ini menunjukkan bahawa responden dan pemaju secara amnya masih yakin bahawa pasaran akan bertambah baik," katanya. Dalam perkembangan lain, beliau berkata rancangan untuk membangunkan semula atau memperbaharui hartanah di Malaysia di bawah Akta Pembangunan Semula Bandar (URA) bukan bertujuan untuk memanfaatkan pemaju. Beliau menyangkal dakwaan Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) yang menyatakan bahawa cadangan undang-undang pembangunan itu semula bertujuan membolehkan pemaju merampas tanah untuk keuntungan. "Anggapan bahawa akta ini adalah untuk pemaju merampas tanah untuk keuntungan adalah tidak benar sama sekali. Anda perlu tahu berapa banyak kerja yang diperlukan untuk pergi dan membuat tawaran, untuk pergi dan mendapatkan nombor atau peratusan untuk meluluskan projek itu dirombak semula. Ia membabitkan banyak kerja. "Sesiapa sahaja di sini (pemaju) akan merasakan adalah lebih mudah untuk pergi ke pemilik tanah dan membeli (tanah). Sebahagian daripada cadangan ini akan mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Pemaju tidak memerlukan ini, tetapi bandar yang memerlukannya," katanya. Awal bulan ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berkata kerajaan kini di peringkat akhir merangka URA pertama Malaysia, yang akan dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi. Beliau berkata, sehingga kini, kementerian itu telah menjalankan beberapa sesi 'townhall' dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kerajaan negeri. Sementara itu, Tong berkata REHDA mengalu-alukan visi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk terus menambah baik keadaan bandar-bandar di Malaysia bagi memastikannya kekal berdaya saing dan menarik demi manfaat rakyat. "Kami sedang menunggu lebih banyak butiran yang dibincangkan bersama KPKT, namun kami percaya mereka telah mengkaji dengan berhati-hati model serupa di rantau ini yang beroperasi dengan baik selama berdekad lamanya," katanya. https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2024/03/1223451/kos-bahan-binaan-tinggi-harga-hartanah-baharu-dijangka-meningkat