shopify analytics ecommerce
tracking

Henti khidmat guaman, pinjaman projek rumah tanpa APDL

23 Feb 2024

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan guaman dan tawaran pembiayaan pinjaman sepatutnya dihentikan untuk projek tanpa Lesen Permit Pengiklanan Pembangunan (APDL) yang diluluskan bagi membendung projek haram yang boleh menyebabkan terbengkalai, demikian menurut Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Malaysia.

Presiden REHDA, Datuk NK Tong, berkata pihaknya percaya tanggungjawab harus berada di bawah peguam dan pegawai pinjaman untuk melaporkan aktiviti berkenaan kepada pihak berkuasa.Beliau berkata, pembabitan mereka harus disiasat dan tindakan juga harus diambil terhadap mereka dan orang lain yang memainkan peranan bersubahat dengan jenayah berkenaan.

Katanya, memandangkan ia isu kritikal yang memberi kesan negatif kepada rakyat dan industri hartanah, REDHA mahu bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta pihak berkuasa negeri yang berkaitan dan polis untuk membendung projek haram terbabit."Kami yakin sekiranya semua pihak bekerjasama ke arah usaha ini, aktiviti haram ini tidak lagi menjadi sebahagian daripada landskap industri hartanah pada masa hadapan.

"REHDA akan terus menggalakkan ahli-ahli kami untuk menegakkan peranan pembinaan negara kami dalam menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti untuk rakyat tepat pada masanya," katanya dalam satu kenyataan.Tong berkata, merujuk kepada laporan berita bahawa polis menyiasat 88 kes berkaitan pecah amanah, pihaknya berbesar hati bahawa pihak berkuasa termasuk penguatkuasa undang-undang mengambil tindakan terhadap individu itu untuk melindungi rakyat daripada aktiviti tidak bertanggungjawab berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya berharap pihak berkuasa terus berwaspada dan mengambil langkah sepenuhnya yang dibenarkan oleh undang-undang ke atas individu yang menyamar sebagai pemaju.Katanya, pada masa sama, pihaknya juga memahami kesukaran yang dihadapi KPKT dan pihak berkuasa negeri dalam menangani isu itu, khususnya sebelum projek terbengkalai kerana individu berkenaan mungkin membina unit rumah di kawasan luar bandar dan pinggir bandar, atau skala projek adalah kecil dan mungkin tidak dapat dikesan.

Jelasnya, terdapat kemungkinan bahawa unit itu disalah nyatakan dan dibina dengan alasan ia adalah untuk tujuan kediaman pembina sendiri."Lebih kerap daripada tidak, individu yang menyamar sebagai pemaju juga beroperasi tanpa sebarang APDL, justeru sukar untuk menjejaki mereka.

"Akibatnya, mengambil tindakan yang wajar dan tepat pada masanya adalah tugas yang sukar, walaupun kami yakin kementerian akan mencari langkah yang sesuai untuk membendung perkara ini sebelum ia menjadi lebih buruk," katanya.Walau bagaimanapun, Tong berkata, perlu diingatkan bahawa projek berkenaan tidak akan maju dan akhirnya terbengkalai tanpa campur tangan peguam dan pegawai pinjaman yang salah.

https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2024/02/1214663/henti-khidmat-guaman-pinjaman-projek-rumah-tanpa-apdl

 


>> Back to Article


Print