shopify analytics ecommerce
tracking

MyRumah catat nilai tempahan lebih RM10 juta

19 Nov 2018

IPOH: Pameran Hartanah MyRumah 2018 anjuran Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) di AEON Mall Ipoh, Klebang di sini, yang berakhir hari ini berjaya memperoleh nilai tempahan hartanah melebihi RM10 juta sepanjang tiga hari penganjurannya.

Catatan nilai tempahan itu tidak termasuk jumlah pembeli berpotensi yang dijangka disusuli selepas ini oleh pihak pemaju yang mengambil bahagian pada pameran itu.

Sebanyak enam pemaju mengambil bahagian pada siri kelima pameran itu iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), SPNB Aspirasi Sdn Bhd, Rima Properties Sdn Bhd, Sun Land Properties Sdn Bhd, Casa Subang Sdn Bhd dan PK Lee Sdn Bhd.

ORANG ramai mengunjungi hari terakhir Pameran Hartanah MyRumah 2018 di AEON Mall Klebang, Ipoh. - NSTP/Muhaizan Yahya

KAKITANGAN Jualan Kumpulan Perbadanan Kemajuan Perak (PKNP), Norazlin Mustapha (kanan) memberi penerangan kepada pengunjung di Pameran Hartanah MyRumah 2018 di AEON Mall Klebang, Ipoh. - NSTP/Muhaizan Yahya

Selain itu, syarikat bukan pemaju yang mengambil bahagian ialah Takaful Ikhlas Berhad.

Ketua Pengiklanan Wilayah NSTP, S Linggaraj, berkata secara keseluruhan pihak NSTP berpuas hati dengan sambutan yang diberikan oleh pengunjung pusat beli belah berkenaan.

“Secara keseluruhan, pandangan daripada pengunjung juga amat menggalakkan, pemaju yang mengambil bahagian juga sangat gembira dengan apa yang diperoleh setakat ini.

“Sambutan yang diberikan pengunjung amat menggalakkan termasuk daripada acara yang dianjurkan, kita dapat lihat pengunjung gembira dan menyertai semua acara diadakan,” katanya yang ditemui pada pameran terbabit hari ini.

Linggaraj berkata, NSTP juga merancang untuk memberikan lebih manfaat kepada pembeli rumah sekiranya program itu dianjurkan pada masa hadapan.

“Perancangan untuk tahun-tahun akan datang, kami ingin memberikan lebih manfaat kepada pembeli rumah seperti meminta pihak penjual hartanah ini memberikan lebih diskaun harga atau kemudahan perbankan.

“Ia bagi memudahkan proses pembelian dan perkara ini akan dibincangkan dengan pemaju perumahan yang mengambil bahagian selepas ini,” katanya.

PENGUNJUNG bergambar bersama personaliti, Maria Tunku Sabri ketika mengunjungi Pameran Hartanah MyRumah 2018 di AEON Mall Klebang, Ipoh. - NSTP/Muhaizan Yahya

KAKITANGAN Jualan Kumpulan Perbadanan Kemajuan Perak (PKNP), Norazlin Mustapha (kiri) memberi penerangan kepada pengunjung di Pameran Hartanah MyRumah 2018 di AEON Mall Klebang, Ipoh. - NSTP/Muhaizan Yahya

Program selama tiga hari itu turut diisi dengan pelbagai slot program ceramah yang disampaikan oleh pakar hartanah bertujuan memberikan ilmu pengetahuan kepada pengunjung pameran itu.

Antara slot ceramah disediakan membabitkan tajuk 5 Design Trend 2019, Jom Tackle Bank, Lima Tertib Duit Sebelum Melabur Hartanah, Bagaimana Membeli Hartanah Sebelum Umur 25 tahun, Bagaimana Anda Boleh Jimat Faedah Pinjaman Sehingga 80 Peratus Daripada Faedah Jumlah Pinjaman dan Teknik Beli Rumah Lagi Dan Lagi.

Antara penceramah ialah Amin Yusoff, Bella Leanna, Azim Sulaiman, Hasnain Hasan, Franciss Chin dan Aziz Ahmad.

Ia turut dimeriahkan kehadiran personaliti, Maria Tunku Sabri yang mengadakan demo masakan serta berkongsi kisah rumah tujuh tingkatnya yang viral di media sosial.

sumber dari Berita Harian atau layari : https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2018/11/499539/myrumah-catat-nilai-tempahan-lebih-rm10-juta


>> Back to News


Print