shopify analytics ecommerce
tracking

Harga rumah dijangka turun 4.8 peratus

07 Sep 2020

KUALA LUMPUR: Harga rumah kediaman di Malaysia dijangka turun sehingga 4.8 peratus dalam tempoh 12 bulan akan datang disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Indeks Hartanah Kediaman Juwai IQI, yang menjejaki jangkaan industri untuk aktiviti pasaran, sewaan dan harga hartanah bagaimanapun mendapati, harga rumah kediaman dijangka kembali meningkat kepada 10.6 peratus dalam tempoh dua tahun akan datang.

 

"COVID-19 dan kelembapan ekonomi mempunyai impak negatif yang signifikan terhadap unjuran industri hartanah dari segi harga kediaman untuk 12 bulan akan datang.

"Harga kediaman dijangka turun di peringkat nasional dan di setiap negeri," katanya.

Juwai IQI menjalankan tinjauan secara dalam talian dari 16 Jun dan 10 Ogos lalu membabitkan 344 ejen hartanah Malaysia.

Mengulas lanjut, firma pelaburan hartanah itu berkata, Sabah dan Perak mempunyai unjuran penurunan harga terbesar iaitu sehingga 7.4 peratus manakala Sarawak yang terendah iaitu sebanyak 2.8 peratus.

Bagaimanapun, katanya ejen hartanah melihat kekukuhan asas di pasaran dan menjangkakan pemulihan yang kukuh pada tahun 2022.

"Responden tinjauan mengunjurkan pertumbuhan harga nasional berkembang sebanyak 10.6 peratus sehingga suku ketiga tahun 2022.

"Negeri-negeri dengan unjuran pertumbuhan harga paling kukuh dalam dua tahun akan datang adalah Pulau Pinang dan Perak, dengan pertumbuhan harga masing-masing sebanyak 15.9 peratus dan 14.3 peratus.

"Kuala Lumpur dan Selangor mempunyai unjuran pertumbuhan harga terendah dalam dua tahun akan datang, namun masih pada kadar yang memberangsangkan iaitu 8.5 peratus," [email protected]

https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2020/09/728783/harga-rumah-dijangka-turun-48-peratus


>> Back to News


Print