shopify analytics ecommerce
tracking

Rangsang pasaran kediaman, hartanah

25 Oct 2024

Kuala Lumpur: Tumpuan Belanjawan 2025 terhadap kecekapan serta pelaburan, ditambah pula dengan pelepasan cukai untuk pembeli rumah kali pertama dijangka merangsang pasaran kediaman, kata kumpulan teknologi hartanah antarabangsa, Juwai IQI.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, Kashif Ansari berkata, Belanjawan 2025 dibentang bagi memperoleh sebanyak mungkin faedah ekonomi serta sosial daripada setiap ringgit dibelanjakan.

Untuk itu, kerajaan melaburkan usaha yang besar dalam memerangi rasuah selain menyalurkan subsidi dan insentif kepada mereka yang paling memerlukan.

"Dengan memfokuskan faedah kepada isi rumah yang lebih miskin dan kelas pertengahan yang cenderung membelanjakan sebahagian besar daripada pendapatan mereka untuk barangan serta perkhidmatan asas berbanding golongan kaya, belanjawan ini akan memacu aktiviti ekonomi dan permintaan dalaman.

Kashif melahirkan keyakinan bahawa pelepasan cukai kepada pemilik rumah kali pertama pada Belanjawan 2025 mampu merangsang permintaan dalam sektor hartanah dan pembinaan baharu.

Pemilik rumah kali pertama akan menerima pelepasan sehingga RM7,000 daripada bayaran faedah pinjaman, dengan pelepasan terbesar disasarkan kepada pembeli rumah bernilai sehingga RM500,000.

"Oleh kerana pelepasan ini hanya akan tersedia kepada mereka yang membeli selepas 1 Januari 2025, ia akan membantu pembeli kali pertama memasuki pasaran dan merangsang permintaan serta pembinaan baharu dalam pasaran pembeli kali pertama yang popular," katanya.

https://www.hmetro.com.my/bisnes/2024/10/1146734/rangsang-pasaran-kediaman-hartanah


>> Back to News


Print