shopify analytics ecommerce
tracking

Manjung paling banyak rumah siap tak terjual di Perak

19 May 2025

IPOH: Manjung antara daerah di Perak yang merekodkan jumlah rumah siap dibina tetapi tidak terjual paling tinggi, iaitu 1,194 unit pada tahun lalu.

Ketua Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) Negeri, Norazura Hassan, berkata daerah Kinta berada di kedudukan kedua iaitu 899 unit, diikuti daerah Kampar dengan 251 unit bagi tempoh yang sama.

Beliau berkata, 2,844 unit kediaman siap dibina tidak terjual direkodkan di negeri berkenaan pada tahun lalu, dan jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 4,598 unit pada 2023.

"Kondominium mendominasi senarai unit kediaman paling banyak tidak terjual di negeri ini dengan 1,022 unit direkodkan.

"Rumah teres setingkat pula berada di kedudukan kedua tertinggi iaitu 740 unit dan rumah teres dua atau tiga tingkat pula merekodkan 704 unit kediaman yang siap dibina tidak terjual," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan taklimat Analisis Data Perumahan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Perak yang turut dihadiri Pengerusi REHDA, Loh Ban Ho di sini hari ini.

https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2025/05/1396815/manjung-paling-banyak-rumah-siap-tak-terjual-di-perak#google_vignette


>> Back to News


Print